Friday 30 November 2012

LAPORAN PUSINGAN PERTAMA

Pusingan pertama menyajikan perlawanan menarik....biarpun pertandingan baru bermula, Halim dan Haizal nampaknya telah berjaya mengikat dua pemain Rated iaitu Taulani dan Yusof. Manakala Tan Khang Chee berhempas pulas untuk menang dengan seorang lagi pemain Rated iaitu Ariez. Perlawanan lain tidak kurang hebatnya dengan "sacrifice" yang agak menarik di tunjukkan oleh Noorullah yang menang ke atas Salman. Leong menang ke atas Mahadi, manakala Nasrul berjaya menjinakkan Caro-Cann Zahid.

Pemain bergambar sebelum Pusingan 1 bermula. En Azri (pengurus KECAS-UTM) juga mengambil peluang bergambar dengan pemain.

 Posisi buah ketika pergerakan ke-12 perlawanan antara Noorullah dan Salman. Noorullah membuat "sacrifice rook" di petak f7.


Berikut pula adalah bagaimana Halim menggunakan buka mainan ilham seekor Gajah sewaktu bertemu dengan Taulani yang berkesudahan dengan seri. Untuk menyaksikan perlawanan yang lain, sila klik pada "Pusingan 1".

Monday 26 November 2012

Cabaran sudah bermula


Siapakah yang bakal dinobatkan Juara 1st UTM Fide Rated Event 2012? Cabaran sudah bermula...tunggu kemaskini blog seterusnya....

Untuk makluman, memandangkan waktu cuti krismas ramai pemain yang balik kampung serta guru-guru sibuk dengan mesyuarat awal tahun, pihak penganjur mengambil inisiatif untuk melangsungkan pertandingan lebih awal bagi tarikh-tarikh tertentu yang melibatkan ramai pemain tidak dapat hadir. Ini supaya semua pemain dapat berkumpul dan bermain serentak demi merancak dan menghangat suasana permainan...sehangat Rajagopal dengan anak buah Harimau Malaya...

Sunday 4 November 2012

Selamat Datang

Blog ini adalah catatan ringkas mengenai Kejohanan "First UTM Fide Rated Round Robin Event 2012" yang buat julung kalinya dianjur oleh Kelab Catur Staf UTM. Pemilihan pemain adalah berdasarkan rekod pencapaian semasa dan yang aktif bermain di kejohanan catur sekitar negeri Johor terutama di First Sunday Chess UTM. Mereka diberi keutamaan kerana banyak menyokong aktiviti KECAS-UTM dan pada masa akan datang, InsyaAllah, kejohanan UTM Fide Rated Round Robin Event akan diperkembangkan lagi buat semua peminat catur khususnya yang berada di negeri Johor.

Pengurus besar kejohanan ini adalah Pengerusi Kelab Catur KECAS-UTM, iaitu En Azri Hohad, manakala dua pemain KECAS-UTM iaitu Dr Nasrul Humaimi dan Dr Haizal akan berentap dalam kejohanan sebanyak 11 pusingan ini.

Arbiter Kejohanan adalah Cikgu Hamdan Sairi, Pengerusi Teknik Catur MSSJ dan juga National FIDE Instructor/arbiter.


Dengan berdaftarnya kejohanan ini di laman web FIDE, sukacita dirasmikan blog ini secara rendah dirinya oleh blogger Nas yang akan memaparkan perlawanan, berita, gambar-gambar menarik atau apa saja yang dirasakan perlu untuk dimasukkan dalam blog ini.

Wassalam.

Dari meja blogger,
Nas.