Sunday 4 November 2012

Selamat Datang

Blog ini adalah catatan ringkas mengenai Kejohanan "First UTM Fide Rated Round Robin Event 2012" yang buat julung kalinya dianjur oleh Kelab Catur Staf UTM. Pemilihan pemain adalah berdasarkan rekod pencapaian semasa dan yang aktif bermain di kejohanan catur sekitar negeri Johor terutama di First Sunday Chess UTM. Mereka diberi keutamaan kerana banyak menyokong aktiviti KECAS-UTM dan pada masa akan datang, InsyaAllah, kejohanan UTM Fide Rated Round Robin Event akan diperkembangkan lagi buat semua peminat catur khususnya yang berada di negeri Johor.

Pengurus besar kejohanan ini adalah Pengerusi Kelab Catur KECAS-UTM, iaitu En Azri Hohad, manakala dua pemain KECAS-UTM iaitu Dr Nasrul Humaimi dan Dr Haizal akan berentap dalam kejohanan sebanyak 11 pusingan ini.

Arbiter Kejohanan adalah Cikgu Hamdan Sairi, Pengerusi Teknik Catur MSSJ dan juga National FIDE Instructor/arbiter.


Dengan berdaftarnya kejohanan ini di laman web FIDE, sukacita dirasmikan blog ini secara rendah dirinya oleh blogger Nas yang akan memaparkan perlawanan, berita, gambar-gambar menarik atau apa saja yang dirasakan perlu untuk dimasukkan dalam blog ini.

Wassalam.

Dari meja blogger,
Nas.

No comments:

Post a Comment